Monday, 29 August 2011

Rumah kayu..tersergam indah


*gambar ihsan rumahkayu-bongkarpasang

Rumah kayu menjadi idaman pengemar seni bina melayu lama..harga kayu  sangat mahal sekarang, hanya orang yang berkemampuan sahaja dapat memiliki rumah sebegini hebat 

Monday, 25 July 2011

Makan Soto di bas stand lama, Jalan Omar

Hari ini ada masa untuk makan tengahari...bila sampai takda mood pulak nak makan. Nasib baiklah ada teman..KK.Dia makan Soto kosong..iaitu nasi himpit dengan kuah soto, sebab dia tak makan pedas. Aku makan karipap satu dan kuih koci inti kelapa campur durian..

Wednesday, 22 June 2011

Warung Wak Dakir, Tepi Tasek Merdeka, Batu Pahat

Aku singgah warung ni nak makan pisang goreng, tapi bila teringat semalam dah makan pisang goreng, aku makan mee. minum air kopi o.
Warung ni aku dah lama tak datang. Dulu-dulu lagi aku selalu minum kat sini, masa Wak Dakir niaga di gerai yang lebih kecil. Sekarang, anak dia niaga...
Masih ok macam dulu gak

Warung Pisang Goreng, depan Taman Bukit Flora, Banang Jaya

Ha..
Kat sini ada pisang goreng, kuih bom, mee, karipap, rojak dan lain-lain.
Ramai orang selalu datang ke sini...
Abang kedai tu jarang senyum, tapi baik hati
Tukang buat air, bagus..tak marah walau order dua kali.. kopi o..dia cakap nak minum sendiri..ha..ha

Thursday, 16 June 2011

Mee Bandung Odeon, Original Punya, Low Piak, Batu Pahat

Kalau ada orang yang nak makan mee bandung odeon yang original, boleh pergi ke Warung Senu, anak kepada pengusaha mee bandung asal kat Panggung Odeon dulu.
Masakan tu dulu aku rasa masa kecil-kecil dulu, sekarang bila anak dia yang masak... teringat masa dulu-dulu
Rasanya pun hebat, macam dulu-dulu...lebih-lebih lagi bila ada teman yang manis kat sebelah...

Nasi Beriani Power, jalan Tukas, Taman Soga, Batu Pahat

Dah lama berhajat nak makan kat sini. Ada orang janji nak belanja makan kat sini, dah lamaaaaa...tak tertunai
So, satu hari tu pergi makan ramai-ramai kat sini..besttt!
Aku makan beriani gam..daging kambing...
Perghhh...melekapppp!

Friday, 10 June 2011

ABC dan Cendol Pak O, Batu Pahat, Johor

Ha! Ha!

hari ini best! Makan ABC kat Pak O...depan perhentian bas. Selalunya aku makan cendol kat bas stand lama, Jalan Omar..tapi hari ini teragak nak makan ABC kat sini sebab ada nasi lemak dan mee hoon.
Beku kepala hotak, kena brain freeze. Terpaksa redakan dulu dengan Marlboro....Lama ju nak menghabiskan.
Ha! Kat sini ada orang WANTED, makan cendol tak bayar, Siap ada gambar.
Cubalah jengok, mana tau yang makan tak bayar tu kawan-kawan ke?
Tolong ingatkan..Makan Mesti Bayar.. Jadi darah daging Beb!!

Asam Pedas di Gerai 15, Tanjung Emas, Muar

Aku pergi Muar  pada 09 Jun 2011. Ada kerja di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Muar. Sampai sini mesti singgah Gerai Shima  (Gerai No. 15) di Tanjung Emas, ala.. tempat ramai orang memadu kasih tuhhh.. untuk makan asam pedas. Kali ini makan ikan sembilang.
Pelik aku, nama pemilik gerai orang perempuan, tapi yang masak, pekerja semua lelaki..agaknya itu resepi ibu dia orang kot?  Tapi..besttttt!
tak mahal.. dengan air limau ais cuma RM7.50.
Cubalah...

Kek Coklat Wak Tunut / Tunot / 2-Note, Kampung Tengah, Kluang

Hari Selasa 08 Jun 2011 pergi Kluang.
Kalau dah sampai Kluang tak sah kalau tak pergi Kampung Tengah. Cari Warung Wak Tunut. Kat warung ada makanan macam-macam. Tapi aku datang sini sebab nak beli Kek Coklat (moist) dia yang best in the world.
Aku bawa balik bagi hadiah kepada seseorang..lum sempat second round dah habis...ish! ish!

Monday, 6 June 2011

Makan sendirian mee racun di Taman Setia Jaya, Batu Pahat

Hari ini macam semalam
Tak berapa selera nak makan
Semalam ada cuba mee racun ..biasa, yang special siap ada gear box
O.klah rasanya, cuma masin sikit
Jadi, aku cuma makan mee, sayur dan dagingnya aje
Tak berani nak hirup kuah
Tak mahal
Dengan air kopi cuma RM4.70 sahaja.

Thursday, 2 June 2011

Makan Biskut Di Pejabat

Hari ini tak ke mana-mana. Pagi-pagi bangun TOLONG cuci kereta sikit. TOLONG hidupkan enjin, biar panas.
Tak ada mood nak sarapan pagi, terus pergi ofis.
Sampai kat ofis lapar la pulak. Makan biskut. Nak ambil gambar seganlaa..tapi ambik juga..

Gerai Makan Izzati, Tasik Y, Batu Pahat

Hari ini sebenarnya aku nak makan roti canai, tapi aku dah duduk lama tak ada orang ambil order. Aku tengok kat kedai sebelah lengang sikit. Tokeh tu pandang kat aku.. aku pulak terpandang wajah dia. Entah macamana aku angkat kaki duduk kat kedai dia. Melepaslah tokeh roti canai tu nak dapat duit aku.
Aku makan mee goreng dengan paru goreng..seperti biasa minum kopi o..emmm best...


Hari ni tak pekena rokok seludup..tak jumpa cari..agaknya dah tenggelam kat laut. Marlboro lah beb, sekali sekala, buat bilas....Lepas makan pergiMajlis Perbandaran Batu Pahat jumpa En. Hafizam di Jabatan Bangunan.orangnya baik, banyak membantu.
Terima kasih Bro..!