Friday, 15 April 2011

Restoran Mak Besah, Jalan Omar, Batu Pahat

Hari ini best, Hari Jumaat. Kat Resoran Mak Besah yang popular dengan lempeng, ubi rebus, keladi rebus dan lauk-pauk kampung ni akan bagi air minuman percuma setiap hari Jumaat. So, jangan lupa dan jangan malu. Ramai gila hari ini. Saya  sempat makan dua ketul ubi rebus dan sekeping lempeng. Cicah sambal tumis dan sambal hijau. Minum air Kopi 'O'. Fuhh! Rasa macam kat kampung. Ikan masin ada, tak sempat ambil, tempat duduk orang dah booking..laaa. Takpe, kasi peluang orang lain pun nak makan juga...Tapi, makanan dia memang best..banyak pilihan dan sedap..Tak sempat nak ambil gambar banyak sebab tak ada angle yang tak ada manusia...hebat

No comments:

Post a Comment